Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong di Hotel Raia. Foto TVS

Usaha Sarawak bangunkan tenaga boleh diperbarui diiktiraf dunia – Abang Johari

KUCHING, 15 April: Usaha Sarawak membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui sebagai salah satu usaha menangani isu pemanasan global terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dasar-dasar yang digubal Sarawak mengenai tenaga boleh diperbaharui menarik minat negara-negara dari Kesatuan Eropah (EU) untuk dipraktikan di benua berkenaan.

Malah, katanya, beliau telah dijemput untuk memberikan ucaptama mengenai usaha Sarawak membangunkan sumber tenaga boleh diperbaharui pada Persidangan Tenaga Hijau 2024 di Poland minggu hadapan.

“Ini bermakna masyarakat antarabangsa sudah mengiktiraf usaha kita dengan sebelum ini di Rotterdam, Netherland berbicara berkenaan ekonomi hidrogen dan sekarang ini berkaitan sumber tenaga boleh diperbaharui pula yang menunjukkan kebolehan kita  mengajar masyarakat barat berkaitan ekonomi baharu ini.

“Oleh demikian, sekiranya ini keadaan bagaimana ekonomi kita diolah dan dibentuk maka sudah tentulah Sarawak berupaya menjadi negeri yang terkemuka di rantau Asia dalam aspek ekonomi baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Daerah Gedong di Hotel Raia di sini, malam tadi.

Menurut Abang Johari, pencapaian-pencapaian itu tidak akan dapati diperoleh tanpa sokongan padu rakyat dan kestabilan politik yang dimiliki Sarawak ketika ini.

“Ini membolehkan segala perancangan untuk mensejahterakan rakyat serta menjana pendapat negeri menerusi pelaksanaan dasar-dasar manfaat rakyat dapat dilaksana dengan lancar, selain membolehkan Sarawak sentiasa berada di hadapan dalam pelbagai bidang termasuk mempelopori sumber ekonomi baharu dan ekonomi hijau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan