Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbincang situasi di Timur Tengah. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Kerajaan pantau kedudukan pasaran kewangan termasuk dampak ke atas Malaysia susulan konflik Timur Tengah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 14 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memantau rapat perkembangan konflik Timur Tengah dan juga kedudukan pasaran kewangan, termasuk potensi dampak ke atas Malaysia.

“Kerajaan akan bertindak dengan bijaksana bagi memperkukuh kestabilan ekonomi dan kewangan negara. Kerajaan juga mengambil kira sebarang faktor yang mungkin memberi kesan kepada rakyat Malaysia,” kata beliau menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebooknya hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Malaysia berpendirian bahawa semua pihak harus memainkan peranan untuk memastikan ketegangan di Timur Tengah tidak terus memuncak demi kepentingan dan keamanan sejagat dan berusaha untuk mencapai penyelesaian dengan menamatkan pertelingkahan di rantau tersebut.

“Sebarang jalur penyelesaian yang dipilih tidak akan berkekalan sekiranya keganasan yang sedang berlaku ketika ini tidak ditamatkan dalam kadar segera,” kata beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu selain pegawai tertinggi kerajaan bagi membincangkan situasi terkini di rantau Timur Tengah.

Media antarabangsa hari ini dipetik melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran telah memulakan operasi serangan dron, menyasarkan lokasi di dalam wilayah yang diduduki Israel. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan