Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

17 Varian Delta Dikesan Di Kuching

KUCHING, JULAI 13: Setakat 4 Julai lepas, sebanyak 16 lagi kes varian Delta (B.1 617.2) telah dikesan di Kuching

Jumlah berkenaan telah didedahkan oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof. Dr. David Perera dalam laporan terbarunya hari ini.

“Sebagai sebahagian dari pengawasan berterusan, saya ingin melaporkan yang setakat 4 Julai, terdapat tambahan 16 kes varian Delta telah dikesan di Kuching,” katanya menerusi satu kenyataan.

IHCM juga katanya, telah mengesan varian SARS-COV-2 di negeri ini.

Selain Varian Delta, satu lagi kes baru dari varian Beta (B.1.351) juga dikesan di Kuching bagi tempoh yang sama.

Dengan penambahan tersebut, Sarawak kini mempunyai 17 kes varian Delta dimana semuanya dikesan di Kuching.

Mengulas lanjut, Dr. David berkata kes pertama varian Delta dilaporkan pada 18 Jun lalu, melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun.

Bagi varian Beta, Dr David memaklumkan Sarawak kini mempunyai 35 kes yang dilaporkan di Kuching, tiga di Bau dan masing-masing satu di Lundu, Serian, Simunjan dan Sibu.

“Kita mempunyai tiga lagi kes import yang menjadikan jumlah keseluruhan untuk varian Beta ini adalah sebanyak 45 kes.

Mengenai varian Theta pula, tiada peningkatan jumlah kes dan seperti yang dilaporkan terdahulu.

Sebelum ini jelasnya, Sarawak mempunyai enam kes yang dikesan di Kuching dan tujuh di Kota Samarahan.

“Begitu juga bagi varian Eta; tiada peningkatan kes. Kita hanya mempunyai satu kes yang merupakan kes Import A,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan