Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasangan suami isteri maut apabila motosikal berkuasa tinggi jenis BMW dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dekat Kampung Bukit Tok Ali, Jalan Persekutuan Jeli-Dabong, di sini semalam. Foto hiasan Faitullah Morni (TVS)

Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi rempuh pokok

ByBernama

JELI, 13 April: Pasangan suami isteri maut apabila motosikal berkuasa tinggi jenis BMW dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh sebatang pokok dekat Kampung Bukit Tok Ali, Jalan Persekutuan Jeli-Dabong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu mangsa dipercayai memasuki laluan bertentangan dari arah Jeli ke Dabong.

“Mangsa, Saharudin Mohd Yusoff dan Azilawati Jusoh masing-masing berusia 50 tahun cedera parah dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Balah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata mayat pasangan itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk bedah siasat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan