Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh serta komuniti Malayalee yang menyambut perayaan itu. Foto Anwar Ibrahim (FB)

PM Anwar ucap selamat Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada semua masyarakat Tamil dan Sikh serta komuniti Malayalee yang menyambut perayaan itu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan supaya tahun ini akan terus membawa sinar keceriaan dan kesejahteraan kepada mereka yang meraikannya.

“Terus semarakkan semangat perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita,” katanya.

Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil, manakala Vaisakhi menandakan musim menuai berdasarkan kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi, sementara Vishu ialah sambutan tahun baharu bagi kumpulan etnik Malayalee dan disambut pada hari pertama bulan Medam dalam kalendar Malayalee. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan