Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Wanita antara enam individu ditahan kes dadah

KUCHING, 13 JULAI: Seorang wanita antara enam enam individu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes dadah di kawasan Kuching dan Kota Samarahan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Mancha Ata berkata kesemua suspek yang merupakan warga tempatan itu ditahan dalam empat serbuan berasingan pada 9 Julai lepas.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontijen Sarawak telah berjaya merampas 5253.9 gram dadah jenis ganja dan 1.0 gram dadah jenis ketamin berikutan serbuan di beberapa lokasi berlainan,” jelasnya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak pagi tadi.

Anggaran jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dalam empat serbuan itu mencecah RM25,295 melibatkan tangkapan suspek berusia antara 25 hingga 35 tahun termasuk seorang wanita.

Selain itu, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dianggarkan bernilai RM8,000 dan wang tunai berjumlah RM3,300 turut disita.

Hasil semakan mendapati dua daripada enam suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6, Seksyen 12(2), Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan