Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 15 lagi masih hilang pada Khamis selepas sebuah bot membawa migran terbalik di perairan selatan Itali pada Rabu. Foto fail AFP

9 maut, 15 hilang selepas bot bawa migran karam dekat Itali

ByBernama

ROM,12 April: Sekurang-kurangnya sembilan maut dan 15 lagi masih hilang pada Khamis selepas sebuah bot membawa migran terbalik di perairan selatan Itali pada Rabu.

Menurut Pengawal Pantai Itali dan kumpulan pemerhati bukan kerajaan, bot yang membawa 46 orang dari  Burkina Faso, Guinea, Ivory Coast dan Mali terbalik dan tenggelam dalam keadaan angin kencang lewat Rabu, tiga hari selepas ia belayar dari Sfax, Tunisia, Xinhua memetik laporan agensi berita Itali, ANSA.

Pengawal Pantai berkata, anggotanya menyelamatkan 22 orang dan membawa keluar lapan mayat termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia antara empat hingga lapan tahun. Seorang lagi mangsa, seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia sebelum sempat di hantar ke hospital.

Mereka yang terselamat dan  mayat mangsa di bawa ke pusat pemprosesan migran di Lampedusa, pulau paling selatan di Itali.

Insiden itu dipercayai berlaku di perairan antara  Lampedusa dan Malta.

Menurut data terkini daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), jumlah keseluruhan ketibaan migran di Eropah menyeberangi Laut Mediterranean adalah di bawah 45,000 setakat 7 April kira-kira lebih 5,000 daripada yang dicatatkan dalam tempoh sama pada 2023.

Pada tahun lepas, Itali melaporkan pendaratan hampir 158,000 migran dan lebih daripada 1,900 kematian di laut. Ia menerima 14,600 migran melalui laut Mediterranean setakat tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan