Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JSJN Sarawak tahan enam ahli sindiket ‘Mica’, rampas lebih lima kilogram dadah

KUCHING, 13 Julai — Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak menahan enam ahli sindiket dikenali sebagai ‘Mica’ serta merampas dadah seberat lebih lima kilogram dalam empat serbuan di sekitar Bandaraya Kuching.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Mancha Ata berkata kesemua rampasan yang bernilai RM25,295 dan penahanan empat suspek dilakukan menerusi empat serbuan berasingan pada 9 Julai lepas.

Beliau berkata serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah kediaman di Pending Height di sini dan menahan seorang lelaki dan wanita bersama 960 gram dadah jenis ganja.

Hasil maklumat diperolehi dari serbuan itu pihak polis berjaya menahan seorang lagi lelaki dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi sebuah kedai di Tabuan Jaya di sini serta merampas dadah jenis ganja seberat 505 gram dalam kereta terbabit.

“Susulan serbuan kedua, pasukan polis dipandu arah oleh suspek ketiga dan membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan dan berjaya menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis ganja seberat 14.9 gram dan dadah jenis ketamin seberat 1.0 gram,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mancha berkata serbuan keempat pula dibuat di sebuah rumah kedai di Kota Samarahan dan polis berjaya menahan seorang lelaki serta merampas dadah jenis ganja seberat 3,774 gram yang diletakkan di dalam tong sampah berwarna hitam di rumah berkenaan.

“Semua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kini ditahan reman tujuh hari sehingga 17 Julai ini untuk membantu siasatan kes,” katanya.

Menurutnya, bekalan dadah berkenaan dipercayai datang dari Semenanjung Malaysia dan dibawa masuk menggunakan khidmat kurier.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak penyedia khidmat kurier untuk memperketat pemeriksaan ke atas bungkusan yang mereka kendalikan bagi mengelakkan perkhidmatan mereka digunakan untuk aktiviti penyeludupan dadah.

Beliau berkata bagi tempoh Januari tahun ini hingga hari ini, polis Sarawak berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM7.4 juta.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan