Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

UITM kurangkan yuran konvokesyen bagi tiga sesi

ByYazid Ibrahim

SHAH ALAM,13 Julai — Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersetuju mengurangkan yuran konvokesyen bagi sesi – 93, 94 dan 95 sebanyak RM40 yang dikenakan kepada para graduan bagi semua peringkat pengajian ijazah dan diploma.

Ketua Perhubungan Awam, Media dan Protokol UiTM Nora Noordin dalam kenyataan hari ini berkata pengurangan bagi semua graduan sesi konvokesyen tersebut sebanyak RM3 juta itu dibuat untuk mengurangkan beban kewangan yang perlu dibayar oleh para graduan. 

“Pengurangan yuran konvokesyen tersebut diberi secara automatik kepada semua peringkat pengajian ijazah doktor falsafah, ijazah sarjana, diploma lepasan ijazah, ijazah sarjana muda, program profesional dan diploma,” katanya.

Katanya melalui pengurangan yuran konvokesyen sebanyak RM40, para graduan hanya perlu membayar antara RM110 hingga RM190 sahaja.

Beliau berkata Pengurusan Tertinggi UiTM juga telah memutuskan bahawa sama ada istiadat konvokesyen secara fizikal boleh dilaksanakan atau tidak pada tahun ini adalah tertakluk kepada keadaan semasa.

“Justeru, keputusan muktamad mengenai kaedah konvokesyen yang dijalankan hanya akan diumumkan pada masa yang lebih sesuai dan suasana mengizinkan,” katanya.

Nora berkata bagi graduan yang telah membuat bayaran yuran konvokesyen akan dimaklumkan untuk mengisi e-Borang Pemulangan Yuran Konvo ke-93 bagi pemulangan RM40 manakala graduan yang belum membayar yuran konvokesyen, bil yuran akan dibatalkan dan akan dijanakan bil yuran yang baharu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan