Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam. Foto Envato.

Pemandu lori lari SJR dikejar 50km ditahan polis

ByBernama

JEMPOL, 10 April: Seorang pemandu lori yang telah lari daripada sekatan jalan raya dan dikejar sejauh 50 kilometer, telah diberkas polis semalam, kata Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook.

Beliau berkata pada kejadian itu polis terpaksa melepaskan 10 das tembakan di bahagian tayar lori yang dipandu lelaki 21 tahun itu, di kilometer 9 Jalan Bahau-Kemayan.

“Ketika kejadian, sebuah lori yang dipandu suspek secara tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar, hingga menyebabkan berlaku kemalangan dengan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki berumur 40 tahun.

“Pemandu itu juga telah memandu secara merbahaya dan beberapa kali menghimpit motosikal ditunggang seorang anggota polis trafik ke laluan bertentangan dan hampir melanggar anggota tersebut serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata anggota polis tersebut, terpaksa melepaskan das tembakan di bahagian tayar lori itu supaya suspek memberhentikan kenderaan tersebut.
“Suspek terus melarikan diri dalam keadaan tayar pecah. Bagaimanapun dengan bantuan kereta peronda MPV, lelaki itu ditangkap didalam kawasan ladang sawit,” katanya.

Beliau berkata suspek dibawa ke IPD Jempol bagi siasatan lanjut, dan dapati positif Methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan