Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kereta Bertembung, Dua Lelaki Maut

Keadaan kereta yang bertembung

BINTULU,13 Julai : Seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia maut setelah kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda di Jalan Tubau-Bakun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.27 pagi Isnin, melibatkan kenderaan jenis Suzuki Swift dan Mitsubishi Triton.

“Kedua-dua mangsa dalam kenderaan Suzuki Swift meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mayat kedua- dua mangsa yang berusia 26 dan 32 tahun itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara empat individu yang menaiki Mitsubishi Triton mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar oleh orang awam ke Klinik Kesihatan Tubau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan