Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS).

Mesyuarat berkaitan perundangan karbon negara selepas Aidilfitri – Fadillah

ByDouglas Elliot

KUCHING, 10 April: Mesyuarat berkenaan usaha mewujudkan perundangan karbon di Malaysia akan diadakan selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, ujar Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mahu perkara itu  disegerakan.

Kerajaan usaha percepat pengenalan undang-undang nyah karbon | TVS

“Insya- Allah, saya akan mempengerusikan satu mesyuarat koordinasi yang melibatkan pelbagai kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan mengenai bagaimana kita dapat percepatkan pengenalan undang-undang berkaitan bukan saja tenaga boleh diperbaharui malahan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Tambah Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, perkara ini telah dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tenaga Negara baru-baru ini.

Sementara itu Fadillah berkata, Kerajaan Persekutuan mengambil maklum yang Sarawak sudah berada di hadapan dalam aspek perundangan, peraturan dan sistem dalam perdagangan karbon namun situasi sebaliknya di peringkat pusat.

“Oleh itu kita hendak panggil mesyuarat ini supaya dapat selaraskan undang-undang yang sudah wujud di Sarawak sebagai asas untuk kita bangunkan undang-undang sama di peringkat persekutuan,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan