Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Portal “Heal in Turkiye” yang dilancarkan dengan sokongan kementerian itu menjadi lambang kepada lonjakan sektor pelancongan kesihatan di Turkiye. Gambar hiasan Envato.

Perolehan pelancongan kesihatan Turkiye melonjak ke US$2.3 bilion

ByBernama

ANKARA, 8 April: Turkiye yang berada di ranking ketujuh dunia dalam pelancongan kesihatan dengan banyak institusi kesihatannya mendapat pengiktirafan antarabangsa, menjana perolehan sebanyak US$2.3 bilion pada 2023 menerusi sektor itu, menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan pada Isnin.

Portal “Heal in Turkiye” yang dilancarkan dengan sokongan kementerian itu menjadi lambang kepada lonjakan sektor pelancongan kesihatan di Turkiye. Dengan penyertaan 175 institusi pada masa ini , permohonan untuk menyertai portal itu kian meningkat.

Perolehan sebanyak US$1.9 bilion dijana oleh eksport pelancongan kesihatan pada 2022 dan angka ini meningkat kepada US$2.3 bilion dengan 1.4 juta pelancong kesihatan memasuki negara ini, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Perdagangan menyediakan pembiayaan sebanyak US$22.8 juta untuk menyokong operasi firma perkhidmatan kesihatan yang mengambil langkah ke hadapan menjadi pusat pelancongan kesihatan dunia, menurut kenyataan itu.

Kebanyakan daripada pelancong kesihatan itu datang dari Jerman, United Kingdom, Rusia, Azerbaijan, Kazakhstan, Turkmenistan, Uzbekistan, Afghanistan dan Asia Barat, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan