Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Empat nelayan selamat selepas sebuah bot pukat tunda mengalami kerosakan enjin kapal dan hanyut lalu melanggar tiang jambatan di Kampung Beladin, Meludam. Foto JPBM

Bot pukat tunda langgar tiang jambatan di Beladin, 4 mangsa selamat

BySafri Ali

BELADIN, 8 April: Empat nelayan selamat selepas sebuah bot pukat tunda mengalami kerosakan enjin kapal dan hanyut lalu melanggar tiang jambatan di Kampung Beladin, Meludam, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali Mohd Hiki Hasan,20, Mohd Rahimi Hasan,30, Mohd Asri Zaidi, 27, dan Fairon Azahar, 39.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok menerima panggilan daripada Balai Polis Beladin berhubung kes itu jam 8.43 malam dengan menggerakkan tiga anggota ke lokasi kejadian.

“Sebuah kapal pukat tunda dalam perjalanan dari Kuching ke Beladin yang dinaiki empat orang kru telah mengalami kerosakan pada enjin kapal dan hanyut lalu melanggar tiang jambatan.

“Dua orang kru panik dan nekad terjun ke sungai. Seorang mangsa Fairon Azahar yang terjun ke sungai berjaya menyelamatkan diri berenang ke tebing sungai telah dijumpai oleh orang kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pencarian seorang mangsa yang masih hilang ditangguhkan pada jam 1.30 pagi oleh pihak Polis atas faktor keselamatan disebabkan keadaan di lokasi yang gelap dan memulakan operasi SAR pagi ini.

Difahamkan mangsa kedua Mohd Hiki Hasan turut dijumpai dalam keadaan selamat hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan