KUCHING,12 Julai : Sarawak akan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 14 Julai 2021.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan JPBNS telah membuat penilaian risiko dan mengambil kira nilai-nilai ambang bagi ketiga-tiga indikator PPN.
“Ekoran daripada itu, MKN dan JPBNS bersetuju bahawa Sarawak telah bersedia untuk beralih ke Fasa 2 PPN mulai 14 Julai 2021 (12.01 tengah malam),” sebut kenyataan itu.
Garis panduan (SOP) yang sedia ada masih berkuat kuasa sehingga 13 Julai 2021 (11.59 malam).