Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Salah seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pada 8.30 pagi tadi. Foto APMM

Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah

ByBernama

KOTA KINABALU, 7 April: Dua anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan MaritimĀ  Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu cedera dalam kejadian tembak menembak di perairan Kunak pada 8.40 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad DatuĀ Komander MaritimĀ DrĀ Suzanna Razali Chan berkataĀ Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, cedera di mata kanan danĀ Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35,Ā cedera di kedua-dua belah tangan.

Beliau berkataĀ ketika kejadian, sepasukan anggotaĀ Maritim Malaysia yang menaiki Bot Banggi 48 cuba menghampiri sebuah bot enjin sangkut berwarna biru untuk pemeriksaan dalam Op Khas Pagar Laut.

ā€œApabila pasukan peronda cuba menghampiri, tiga suspek bersenjatakan pistol telah melepaskan empat das tembakan ke arah Maritim Malaysia bagi mengelakĀ bot perondaĀ menghampiri mereka.

ā€œSuspek kemudian berjaya melepaskan diri,ā€ katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Suzanna berkata empat lagi anggota Maritim Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya Maritim Malaysia telah mengatur gerak Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, pesawat udara dan Bahagian Perisikan Maritim bersama pasukan daripada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ke lokasi terbabit bagi menyiasat kes ini dan mengesan kesemua suspek terlibat.

Kedua-dua anggota yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak bagi diberikan rawatan, katanya.

Sementara itu, Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata pihaknya sedang menyiasat dan mengesan kumpulan yang menembak dua anggota Maritim Malaysia itu dengan kerjasama agensi keselamatan lain termasuk Maritim Malaysia.

“ESSCOM, Polis Diraja Malaysia dan pasukan MaritimĀ bekerjasama menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti kumpulan yang menembak itu. Setakat ini, kita siasat dulu dan kumpulkan maklumat sebelum tindakan lanjut dilakukan,ā€ katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya juga belum dapat memastikan sama ada suspek daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) atauĀ penyeludupan, dan siasatan sedang dijalankan menjurus kepada faktor tersebut.

Difahamkan kejadian pagi tadi itu berlaku pantas dan suspek meloloskan diri dengan bot selepas melepaskan tembakan, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan