Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai di negeri ini dinasihatkan mengelak daripada memakan kupang atau kerang terutama dari perairan Port Dickson untuk sementara waktu. Foto hiasan Envato.

Elak makan kupang, kerang sementara waktu – Aminuddin

ByBernama

SEREMBAN, 6 April: Orang ramai di negeri ini dinasihatkan mengelak daripada memakan kupang atau kerang terutama dari perairan Port Dickson untuk sementara waktu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau berkata ini berikutan Jabatan Perikanan (DOF) masih menjalankan pemerhatian dan analisis terhadap air dan kupang di kawasan terlibat.

“Dulu kita biasa dengar tentang keracunan membabitkan kupang dan kerang, sudah lama tak terjadi dan kali ini berlaku lagi di Port Dickson. DOF telah maklumkan puncanya…kita juga tahu di kawasan tersebut banyak penternak kupang dan kita harap masyarakat elakkan makan hingga isu ini selesai.

“Untuk tindakan selanjutnya, kerajaan negeri akan tengok macam mana sebab kita pun belum dapat maklumat sepenuhnya daripada DOF negeri termasuk jumlah penternak terlibat dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan sebuah pasar raya di sini hari ini.

Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.

Beliau berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan