Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Dipotong gara-gara degil..

ByKhairil Zharif Affindie

SIBU, JULAI 12: Kedegilan pemilik sebuah premis judi yang telah berkali-kali diambil tindakan akhirnya menyebabkan bekalan elektrik prenis tersebut dipotong .

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superintenden Collin Babat berkata, polis membuat serbuan ke atas premis berkenaan di tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Wong Nai Siong pada Ahad.

Katanya, enam lelaki berusia antara 53 hingga 72 tahun termasuk penjaga premis ditahan dalam serbuan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara kerena berkumpul tanpa jarak fizikal dan bermain mahjong iaitu berjudi secara haram.

Jelasnya, premis tersebut telah beberapa kali diserbu dan dikompaun sebelum ini namun masih engkar.

“Polis pernah menyerbu premis tersebut dua kali tahun lalu dan dua kali tahun ini selain dikompaun atas kesalahan yang sama,” tambahnya.

Ujarnya, kesemua suspek serta barang rampasan termasuk meja kayu, kerusi plastik, cip pelbagai warna dan nilai, buah mahjung dan buah dadu dibawa ke balai untuk tujuan siasatan.

“Kompaun sebanyak RM20,000 dikeluarkan kepada penjaga permis manakala yang lain didenda sebanyak RM4,000 setiap seorang,” jelasnya.

Katanya, kesemua suspek juga turut menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Sibu dan hasil keputusan kesemua suspek negatif.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan