Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa beliau telah ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah pagi ini. Foto fail Bernama

Ketua Pemuda UMNO dakwa ditahan polis di Sabah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 April: Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa beliau telah ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Sabah pagi ini.

Menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya hari ini, beliau mendakwa ditahan walaupun dijadualkan memberi keterangan di IPD Dang Wangi di ibu negara esok.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya di status itu.

Status itu bagaimanapun tidak memaklumkan sebab penahanan.

Beliau merupakan antara yang lantang bersuara dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah baru-baru ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan