Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Mancha Ata berkata Op Selamat 22 diadakan bertujuan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang perayaan ini dan menguatkuasakan undang-undang lalulintas.

Op Selamat: 700 pegawai dan anggota polis di Sarawak bertugas sempena Aidilfitri

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Apr: Kira-kira 700 pegawai dan anggota polis di Sarawak ditugaskan menerusi Op Selamat 22 sempena Hari Raya Aidilfitri, bermula 6 hingga 13 April ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, Op Selamat 22 diadakan bertujuan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang perayaan ini dan menguatkuasakan undang-undang lalulintas.

“Dalam operasi ini juga, rondaan juga akan dilakukan sebanyak 49 kawasan kerap kemalangan di Sarawak.

“Selain lokasi kerap kemalangan, tumpuan Op Selamat 22 juga diberi perhatian di kawasan kesesakan lalulintas, perumahan dan penempatan orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain mengurangkan kadar kemalangan, Op Selamat 22 ini juga memberi perhatian terhadap premis dan tempat tinggal.

“Polis akan memastikan keselamatan premis dan perumahan yang ditinggalkan dengan melakukan rondaan berkala bagi menggelakkan jenayah pecah rumah,” katanya.

Dalam masa sama, Mancha menasihati orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya dan arahan daripada anggota penguatkuasa yang bertugas sepanjang musim perayaan ini.

Orang ramai juga diminta untuk memaklumkan kepada polis apabila meninggalkan tempat kediaman pada musim perayaan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan