Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak diketuai Datu Awang Suhaili Ledi di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto TVS

Tun Dr Wan Junaidi sokong usaha perkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah

KUCHING, 4 April: Inisiatif Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak ke arah memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah mendapat sokongan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Wan Tuanku Jaafar.

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak, Datu Awang Suhaili Ledi berkata, sokongan tersebut dikongsikan Tun Dr Wan Junaidi semasa kunjungan hormat bertujuan memaklumkan perkembangan terkini berkenaan Mahkamah Syariah.

“Antara objektif utama kita untuk memaklumkan kepada Tun tentang tugas organisasi, tugas kehakiman Sarawak yang ada kaitan secara langsung dengan Tun.

“Selain itu, Tun juga berkongsi pengalaman beliau dan memberi cadangan ke arah pemerkasaan Mahkamah Syariah dari konteks perundangan termasuklah dari konteks penambahbaikan undang-undang, institusi kehakiman, protokol, jawatan dan perancangan perkasa undang-undang serta Mahkamah Syariah akan segera dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas melakukan kunjung hormat terhadap Tun Dr Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Suhaili berkata pelantikan Tun Dr Wan Junaidi sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan meneruskan agenda pemerkasaan kedudukan Islam dan undang-undang syariah.

Malah dalam pertemuan tersebut beliau turut menjemput Tun Dr Wan Junaidi serta isteri untuk menjadi tetamu kehormat bagi program pentauliahan hakim-hakim mahkamah syariah dalam masa terdekat.

“Insya-Allah kita akan mengadakan satu majlis pentauliahan untuk hakim-hakim mahkamah rayuan syariah dan ia akan disampaikan oleh Tun,” katanya.

Selain Suhaili, kunjungan hormat tersebut turut disertai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Sua’ibon Shamsuddin Abu Bakar, Mahiden Sah dan Rosidi Masli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan