Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Euro 2020: Itali Juara Kali ke-2, England Kempunan Di Laman Sendiri

ByTVS

LONDON, 12 JULAI: Skuad Azzurri kendalian Roberto Mancini boleh menarik nafas lega selepas menewaskan England menerusi sepakan penalti (3-2) dihadapan 60,000 penyokong England.

Gol pertama disumbangkan oleh Luke Shaw pada minit ke 2 selepas hantaran lencong dari Kieran Trippier menembusi pertahanan Itali menjadikan gol terpantas pada final Kejuaraan Eropah. England terus mendahului pada babak pertama.

Memasuki babak kedua, percaturan taktik pasukan Itali mengubah corak perlawanan menyaksikan serangan demi serangan ke kubu The Three Lion. Ternyata segalanya berhasil apabila kapten pasukan Itali, Leonardo Bonucci, menyamakan kedudukan 1-1. Keputusan kekal seri sehingga ke akhir babak menyaksikan perlawanan memasuki masa tambahan.

Tiada perubahan jaringan memaksa kedua dua pasukan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Itali menewaskan England menerusi penentuan penalti (3-2) apabila pemain muda England Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk England.

Kejuaraan Itali bagi edisi Euro 2020 kali ini menjadikan mereka juara buat kali ke 2 bagi pentas eropah sejak 1968.

Foto: Azzurri bersama trofi kejuaraan mereka
Foto: Kapten Itali, Leonardo Bonucci, dengan trofi kejohanan dan pemain terbaik perlawanan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan