Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laluan sepanjang 1,620 kilometer Kereta Api Rentas Borneo yang dicadangkan pembinaan oleh Brunergy Utama Sdn Bhd

Cadangan projek Kereta Api Rentas Borneo pemangkin ekonomi Borneo

ByBernama

KOTA KINABALU, 31 Mac: Cadangan projek Kereta Api Rentas Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimatan di Indonesia bakal menjadi pemangkin ekonomi bagi wilayah Borneo, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata sebaik direalisasikan, projek rangkaian kereta api berkelajuan tinggi berkenaan akan memberi impak dalam meningkatkan kesalinghubungan rakyat dan pada masa sama meningkatkan ekonomi di wilayah itu.

Syarikat di Brunei umum cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi rentas Borneo

“Dari segi ekonomi, ia akan memudahkan perdagangan, menggalakkan pertumbuhan industri di kawasan sempadan dan meningkatkan pelancongan di wilayah Borneo,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kementeriannya telah menerima cadangan awal mengenai Projek Kereta Api Rentas Borneo pada November tahun lepas.

Nanta berkata idea berhubung projek mega yang menghubungkan Sarawak dan Sabah serta menyambungkan ke Kalimantan, Indonesia datangnya dari Kementerian Pengangkutan dan kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan kewangan khusus untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan laluan Kereta Api Rentas Borneo melibatkan bahagian Sarawak-Sabah.

Kenyataan itu turut memaklumkan mengenai pengumuman oleh Brunergy Utama Sdn Bhd, sebuah syarikat berpangkalan di Brunei yang akan memulakan projek Kereta Api Rentas Borneo, dicadangkan dilaksanakan dalam dua fasa melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer.

Fasa pertama akan menghubungkan bandar-bandar dari barat ke pantai Timur bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah manakala fasa dua pula melibatkan Kalimantan Utara dan Timur menghubungkan laluan utama dengan Samarinda dan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan