Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ciri-ciri kereta api rentas Borneo - berkelajuan 300 hingga 350 kilometer sejam dan bergerak di atas laluan 1,620 kilometer bagi menghubungkan bandar-bandar tiga negara di Borneo. Foto hiasan Envato

Syarikat di Brunei umum cadangan projek kereta api berkelajuan tinggi rentas Borneo

BySaibi Gi

KUCHING, 30 Mac: Berkelajuan 300 hingga 350 kilometer sejam dan bergerak di atas laluan 1,620 kilometer bagi menghubungkan bandar-bandar tiga negara di Borneo. 

Ini adalah kriteria projek kereta api yang diumumkan syarikat Brunei, Brunergy Utama Sdn Bhd.  Jika menjadi realiti, bakal mengubah landskap pengangkutan di pulau ini.

Brunergy menerusi laman sesawangnya memaklumkan bahawa kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Brunei, Sabah, Sarawak dan Kalimantan ini merupakan yang pertama seumpamanya.

Cadangan laluan kereta api berkelajuan tinggi rentas Borneo. Foto Brunergy

Projek tersebut akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan jarak purata antara stesen-stesen yang akan dibina adalah 150 kilometer.

“Anggaran purata perjalanan antara stesen hanya memakan masa 30 minit,” laman sesawang itu dipetik.

Mengenai laluan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi itu, Fasa Pertama bagi menghubungkan bandar-bandar di pantai barat ke timur bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah yang merupakan kawasan tumpuan ekonomi.

Laluan Fasa Pertama ini adalah Kota Kinabalu, Kimanis/Papar, Beaufort, Sipitang, Lawas, Bangar, Limbang, Bukit Panggal, Miri, Bintulu, Sibu, Sri Aman, Kuching, Sambas, Singgawang, Mempawah dan Pontianak.

Sementara Fasa Kedua pula, akan melibatkan Kalimantan Utara dan Timur untuk menghubungkan Laluan Utama dengan bandar terbesar Borneo, Samarinda, dan kemudiannya ibu negara Indonesia baharu, Nusantara.

Laluannya adalah Long Seridan, Bekalalan, Long Bawan, Malinau, Tanjung Selor, Tandjungredeb, Pengadan, Lubuk Tutung, Bontang, Samarinda dan Balikpapan.

Bagi terminal dan stesen pula, Kereta Api Trans-Borneo (TBR) akan menjadi tuan rumah kepada empat terminal, berfungsi sebagai hab utama untuk pengangkutan massa, bersama-sama dengan 24 stesen di kepulauan ini.

Kedua-dua laluan akan bersambung di daerah Tutong di Brunei yang terletak di lokasi strategik, berfungsi sebagai hab pusat TBR.

Brunergy Utama Sdn Bhd ialah syarikat milik penuh Brunei yang menumpukan pada pembinaan projek infrastruktur utama untuk memacu pertumbuhan ke hadapan di Borneo.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan