Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rubiah Wang dan Dato Idris Buang pada program Jerayawara Bubur Lambuk SABERKAS Cawangan N16 Muara Tuang di Masjid Darul Salam Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan petang tadi. Foto TVS

Rubiah cadang penubuhan Unit Saberkas di kawasan kampung

KOTA SAMARAHAN, 30 Mac: Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (Saberkas) dicadangkan penubuhan unitnya di kawasan kampung bagi menggalakkan lagi lebih ramai golongan belia menyertai pelbagai program anjuran pertubuhan itu.

Menurut Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, Saberkas mempunyai pelbagai program yang dirangka sepanjang tahun meliputi aspek sosial dan kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan dan politik.

Justeru katanya lagi, keterlibatan golongan itu dilihat penting bagi mendapatkan idea dan pandangan yang boleh digunakan pemimpin kawasan supaya pentadbiran yang dijalankan lebih holistik dan mengikut acuan masyarakat setempat

“Saya mencadangkan agar lebih banyak Unit Saberkas diwujudkan di peringkat kampung supaya penglibatan menyeluruh belia dapat kita pastikan dalam masyarakat kita.

“Banyak keuntungan dan faedah yang akan diperoleh dengan mengikuti (program anjuran) Saberkas kerana Saberkas mempunyai fokus dan hala tuju tersendiri,” katanya.

Rubiah berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Cawangan N16 Muara Tuang di Masjid Darul Salam Kampung Tanjung Bundong di sini, petang tadi.

Antara yang bekerjasama dalam penganjuran program tersebut ialah Pusat Khidmat N16 Muara Tuang, Marqas Operasi DUN N16 Mura Tuang, Tegar Biker, AKRAB dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak.

Program tahunan Saberkas itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pertubuhan itu dengan golongan belia dan masyarakat kampung.

Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato Idris Buang dan Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan