Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) disambut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Faitullah Morni (TVS)

Perdana Menteri tiba di Kuching lakukan lawatan kerja

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 30 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan kerja singkat ke Sarawak selama sehari selamat tiba di Kuching pada jam 2.05 petang hari ini.

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) disambut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beberapa menteri dan timbalan menteri dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak.

Anwar memulakan lawatan kerjanya dengan menghadiri Taklimat Pembangunan Perkhidmatan Kesihatan di Sarawak di Pejabat Pengairan dan Saliran (DID) Kota Samarahan pada jam 4 petang.

Hadir sama pada mesyuarat itu ialah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Timbalan-timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Usai itu, Perdana Menteri berkunjung ke Bazar Ramadan Desa Ilmu dengan meluangkan masa kira-kira 30 minit melakukan sesi Walkabout di sana bagi menyantuni para peniaga dan pengunjung.

Selepas itu, beliau menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani Peringkat Sarawak yang berlangsung di Masjid Al-Mutaqqin, Kota Samarahan pada jam 6.30 petang.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan