Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merakam kenangan pada Majlis "200 Leaps, A Million Smiles" di KPJ di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Sarawak lakar sejarah, 206 pembedahan TKR secara robotik – Dr Sim

KUCHING, 29 Mac: Sarawak berjaya melakar sejarah dengan kejayaan 206 pembedahan penggantian sendi lutut (TKR) secara robotik menggunakan sistem teknologi Robotic Surgery Assistant (ROSA).

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata inisiatif Hospital Pakar KPJ Kuching (KPJ Kuching) itu merupakan lonjakan dalam industri penjagaan kesihatan di negeri ini selepas ROSA diperkenalkan sekitar tujuh bulan lalu.

Perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia.

Menerusi kejayaan itu, Dr Sim optimis terdapat postensi besar pembedahan bantuan robotik pada masa depan sekali gus membangunkan industri kesihatan negeri ini.

“Teknologi dengan penyepaduan robotik, kecerdasan buatan (AI) serta analitik data akan membentuk semula cara kita menyampaikan rawatan yang tepat dan cekap untuk pelbagai keadaan mahupun jenis penyakit,” katanya.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian pada Majlis “200 Leaps, A Million Smiles” di KPJ di Kuching pada Khamis.

Beliau dalam pada itu menyifatkan teknologi ROSA akan membuktikan berlakunya revolusi dalam bidang kesihatan sehingga menawarkan tahap penjagaan kesihatan terbaik selain menjadi usaha menguasai teknologi inovatif dengan kepakaran setiap doktor dalam meningkatkan kemajuan perubatan terkini.

Sementara itu, Pakar Bedah Ortopedik, Dr Lee Woo Guan berkata perlaksanaan teknologi robotik di KPJ Kuching telah mengubah pembedahan yang berupaya mempercepatkan masa pemulihan sekaligus meningkatkan kadar kesembuhan pesakit.

“Sekarang di KPJ Kuching lebih 200 pesakit sejak Ogos 2023 sampai sekarang yang guna ROSA.

“Kadar pemulihan pesakit memang sangat cepat buat satu kaki pun satu hingga dua minggu pesakit lepas tongkat,” jelasnya.

Dr. Lee mengakui, penggunaan teknologi robotik dalam perkhidmatan kesihatan telah meletakkan piawaian baharu untuk kecemerlangan pembedahan TKA di Kuching. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan