Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PADU: Wujudkan ciri MSA bagi kesan serangan keselamatan

ByAkma Salleh

KUCHING, 28 Mac: Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir mencadangkan aspek keselamatan bagi sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dipertingkatkan seperti dengan pengwujudaan Multi Sector Authentication (MSA) dalam sistem.

Menurutnya sektor ini akan membolehkan pihak berkaitan mengesan aktiviti serangan keselamatan mahupun aktiviti penggodaman.

“Penting untuk memberi perhatian terhadap akses dalam PADU maksudnya pihak berkenaan, kerajaan perlu memastikan akses PADU dikendalikan dengan ketat dengan menggunakan sistem pengesahan yang kuat seperti multi sector authentication (MSA).

Maksudnya pengesahan melalui pelbagai sektor ini atau peringkat dengan meletakkan izin akses yang sesuai kepada setiap pengguna berdasarkan prinsip keperluan akan tahu atau ‘need to know’ dan prinsip keperluan penting. Jadi dari segi ini pihak terbabit dapat melaksanakan penyelesaian, pemantauan dan audit yang memungkinkannya untuk memantau PADU secara ‘real time’,” katanya kepada TVS pada Rabu.

Selain itu kata Dr Jeniri, antara ciri keselamatan lain yang boleh dipertimbangkan termasuklah piawaian penyulitan lanjutan atau advance encryption standard.

“Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi inskripsi data yang kuat seperti advanced encryption standard bagi memastikan data dilindungi saat berada dalam peyimpanan atau transit,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu keraguan masyarakat apabila terdapat dakwaan mengatakan data peribadi yang dimuat naik dalam PADU mungkin bocor ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, pada Selasa, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli memberitahu, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah mematuhi ciri-ciri keselamatan dan menepati piawaian yang ditetapkan di peringkat antarabangsa.

Jelasnya, walaupun terdapat cubaan untuk mengakses sistem tersebut sehingga lebih dua juta percubaan setiap hari, kesemuanya telah berjaya dipatahkan dan tidak berjaya ditembusi.

Mengulas lanjut, tegas Rafizi, dari segi keselamatan sistem PADU, pasukan pembangunan sistem PADU yang diketuai Jabatan Digital Negara bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi yang menguruskan keselamatan siber dan privasi data negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan