Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad dalam usaha memerangi jenayah penipuan secara dalam talian sejak Januari lepas. Foto, Bernama/Pos Malaysia (FB)

Polis Perak, Pos Malaysia bekerjasama banteras penipuan dalam talian, penyamaran kurier

ByBernama

IPOH, 26 Mac: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Perak bekerjasama dengan Pos Malaysia Berhad dalam usaha memerangi jenayah penipuan secara dalam talian sejak Januari lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata perkhidmatan kurier mula menjadi pilihan penipu untuk memperdaya mangsa kerana agensi berkenaan banyak berurusan dengan masyarakat.

“Saya melihat kerjasama antara Kontinjen Perak dan Pos Malaysia Berhad ini sangat tepat pada masanya malah merupakan projek rintis serta contoh terbaik kerjasama antara pelbagai agensi dalam usaha memberi advokasi berkaitan jenayah penipuan dalam talian kepada masyarakat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan Program Pencegahan Jenayah Komersial Phone Scam-Penyamar Pos Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang turut dihadiri Pengarah Operasi Pos Malaysia Berhad Zaini Yaman.

Mohd Yusri berkata pihaknya telah menyiasat sebanyak 226 kes melibatkan penipuan panggilan dengan penyamaran sebagai syarikat kurier dengan nilai kerugian lebih RM8.7 juta.

“Daripada jumlah itu sebanyak 96 kes penipuan panggilan penyamaran sebagai kurier Pos Malaysia telah direkodkan dengan nilai kerugian lebih RM3.7 juta,” katanya.

Mengenai program pencegahan itu, Mohd Yusri berkata ia merupakan usaha khidmat masyarakat dengan menggunakan sumber manusia, logistik serta medium komunikasi sedia ada dalam usaha menyebar maklumat dan tips berkaitan penipuan dalam talian.

Beliau berkata pengedaran risalah pencegahan penipuan dalam talian dengan menggunakan perkhidmatan posmen selain mengedarkan maklumat dan tips menerusi platform media sosial rasmi Pos Malaysia Berhad dan Polis Kontinjen Perak.

Sementara itu, Zaini dalam ucapannya berkata sebanyak 407 posmen terlibat dalam pengedaran risalah antipenipuan di seluruh Perak termasuk Cameron Highlands melibatkan 33,000 risalah dengan paparan poster di 81 pejabat pos di negeri itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan