Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa berbuka puasa dalam Majlis Iftar Perdana UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) pada Selasa. Foto Ahmad Afizal Zainoren (TVS).

Abang Johari berbuka puasa bersama warga UiTM Sarawak

ByOdleen Catherny

KOTA SAMARAHAN, 26 Mac: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa berbuka puasa bersama warga UiTM Sarawak hari ini.

Majlis Iftar Perdana UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) yang julung kali diadakan itu telah dihadiri lebih 300 tetamu daripada pelajar, kakitangan UiTMCS serta tetamu jemputan lain.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa yang menjalankan fungsi Rektor UiTMCS, Profesor Madya Ts. ChM. Dr. Mohammad Isa Mohamadin berkata program pada malam ini dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji Malaysia, TVS, PEWANI & Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Sarawak.

“Adalah diharapkan dengan pelaksanaan program seumpama ini dapat memupuk semangat perpaduan, kerjasama, semangat kerja berpasukan antara universiti, rakan strategik dan komuniti sekitar sebagai satu keluarga,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Iftar Perdana UiTMCS bersama Premier Sarawak, di sini, hari ini.

Terdahulu, majlis menyaksikan Abang Johari menyerahkan sumbangan kepada 50 orang pelajar UiTMCS, lima orang ibu tunggal dan 11 orang kakitangan yang terdiri daripada asnaf.

Seterusnya,  Surau Al-Hidayah, Kampung Plaie yang merupakan sebuah perkampungan saudara baharu turut menerima sumbangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan