Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanak-kanak berdiri di sebelah dinding tumbang dengan lukisan mural di tengah-tengah runtuhan bangunan yang musnah dalam pengeboman Israel di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto fail AFP

Majlis keselamatan PBB terima resolusi gencatan senjata Gaza untuk Ramadan

ByBernama

WASHINGTON, 26 Mac: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menerima satu resolusi meminta satu gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza untuk bulan Ramadan dilaksanakan.

Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan oleh 10 ahli majlis berkenaan yang dipilih sementara Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi, lapor Agensi Anadolu (AA).

Resolusi itu menggesa supaya gencatan senjata segera dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan, dihormati oleh semua pihak sambil menyasarkan satu gencatan senjata yang dapat bertahan lama.

Ia juga meminta supaya pembebasan segera tanpa syarat semua tawanan, dan memastikan akses untuk mereka mendapatkan keperluan kemanusiaan dan perubatan.

Resolusi itu mensyaratkan pihak berkenaan supaya mematuhi kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa terhadap individu yang mereka tawan.

Ia  juga menekankan keperluan segera kedua-dua aspek iaitu meluaskan aliran masuk bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza dan memperkukuhkan perlindungan kepada orang awam.

Resolusi itu turut mengulangi permintaan supaya segala halangan kepada penyediaan bantuan kemanusiaan di seluruh Semenanjung Gaza pada skala besar dimansuhkan dengan segera, menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa  dan resolusi Majlis Keselamatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan