Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Isu tunggakan gaji yang melanda pasukan KUFC telah diselesaikan. Foto Facebook Kelantan United FC

KDNFC bakal guna khidmat ketua jurulatih import

ByBernama

KOTA BHARU, 25 Mac: Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) bakal menggunakan khidmat ketua jurulatih import, bagi membimbing pasukan itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.

Presiden KNDFC, Rozi Muhamad berkata, ketua jurulatih import itu akan diumumkan dalam masa terdekat dan akan digandingkan bersama jurulatih tempatan lain.

“Disebabkan beberapa isu teknikal kita tidak boleh mengumumkan nama beliau, Insya-Allah sebelum raya kita akan mengumumkan ketua jurulatih ini, selepas isu teknikal diselesaikan.

“Kita telah mempunyai hubungan dengan jurulatih ini daripada aspek pemilihan pemain untuk memperkuatkan pasukan,” katanya selepas Majlis Iftar Jamaie dan Pelancaran Penjenamaan Baharu Kelantan Darul Naim, di sini, malam tadi.

Rozi berkata, pihaknya membelanjakan RM12 juta mempersiapkan pasukan, bagi memberi saingan pada Liga-M khususnya Liga Super musim ini.

“Daripada sudut bajet ini, kita lebih kepada pasukan Liga Super dan Piala Presiden. Kita juga memohon beberapa pelepasan daripada kerajaan negeri seperti Perbadanan Stadium, untuk mengurangkan kos pengurusan.

“Kita berbelanja mengikut kemampuan pasukan terutamanya dari aspek pemilihan pemain,” katanya.

Rozi berkata, untuk musim ini, KDN FC meletakkan sasaran berada di kedudukan kelima atau ketujuh terbaik dalam carta Liga Super.

Beliau berkata, ia memberi sedikit tekanan kepada pihaknya, kerana musim ini hanya KDNFC yang mewakili Kelantan, kerana Kelantan FC tidak diberikan kebenaran bersaing di Liga-M musim ini.

“Kini kita akan memberi tumpuan menyatupadukan penyokong untuk memberi sokongan kepada KDNFC, kerana mewakili Kelantan berbading musim lalu hanya kelab sahaja,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan