Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bilangan Jemaah Mengikut Keadaan Semasa Covid-19 – Rahman Junaidi

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Penentuan bilangan jemaah untuk menunaikan solat di masjid dan surau bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid-19.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, setiap dua minggu Majlis Islam Sarawak (MIS) akan berbincang mengenai bilangan jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat.

Menurutnya, sekiranya keadaan bertambah baik, MIS akan memohon kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk menambah bilangan jemaah.

“Minggu lepas MIS mengeluarkan pekeliling yang membenarkan 200 jemaah untuk menunaikan solat Jumaat dan 100 solat Fardu di masjid bahagian, masjid daerah dan masjid daerah kecil seluruh negeri.
“Kita akan berbincang dari masa ke semasa untuk menentukan bilangan jemaah dan ia bergantung kepada keadaan semasa Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang membenarkan kehadiran jemaah mengikut keluasan masjid dan surau.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, keputusan dibuat kerajaan Perlis dan Terengganu yang membenarkan jemaah mengikut keluasan masjid dan surau adalah disebabkan kes Covid-19 di kedua-dua negeri rendah.

Sementara itu menurutnya, setakat ini belum ada keputusan mengenai bilangan jemaah yang dibenarkan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan