Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain-pemain Jepun (kanan) berjabat tangan dengan pemain-pemain Korea Utara selepas kemenangan mereka dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 antara Jepun dan Korea Utara di Stadium Kebangsaan Tokyo pada 21 Mac. Foto AFP

FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun

ByBernama

BERLIN, 24 Mac: Jepun dijangka diisytiharkan sebagai juara kelayakan Piala Dunia 2026 di Korea Utara selepas badan induk bola sepak, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata Sabtu bahawa perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Berita itu muncul selepas Konfederasi Asia berkata Korea Utara mahu memindahkan perlawanan yang dijadualkan Selasa ke venue berkecuali “kerana keadaan yang tidak dapat dielakkan”.

FIFA berkata: “Dengan ketiadaan venue alternatif tuan rumah yang disahkan oleh DPRK FA dan kekurangan ruang dalam kalendar untuk menangguhkan perlawanan ini, Biro memutuskan bahawa perlawanan kelayakan tidak boleh diadakan atau dijadualkan semula.

“Selain itu perkara dan keputusan perlawanan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib FIFA”

Jepun memenangi perlawanan pertama 1-0 di laman sendiri pada Khamis. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan