Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
The United States, Israel’s key ally, opposes Palestine’s application to be recognized as a full member state on the United Nations, phrasing that it is not the route that Palestinian should embark. Photo AFP

Setiausaha Agung PBB: Rakyat Palestin di Gaza terus dihantui mimpi ngeri

ByBernama

RAFAH, 24 Mac: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berkata pada Sabtu bahawa dunia telah melihat cukup kengerian perang dan merayu gencatan senjata untuk membolehkan lebih banyak bantuan disalurkan, lapor agensi berita Palestin WAFA.

“Rakyat Palestin di Gaza – kanak-kanak, wanita, lelaki – terus dihantui mimpi ngeri berterusan,” kata beliau dalam lawatannya di sebelah Mesir di persimpangan sempadan Rafah menyaksikan laluan trak bantuan masuk ke Gaza tetapi penduduknya diintai situasi “kelaparan dan kebuluran”.

Beliau menyifatkan keadaan itu sebagai “kecacatan moral”.

“Saya membawa suara sebahagian besar dunia yang sudah cukup melihat,” kata Guterres, menyedihkan “komuniti dihapuskan, rumah dimusnahkan, seluruh keluarga dan generasi dilenyapkan”.

Beliau mengulangi bahawa “tiada apa yang mewajarkan hukuman kolektif rakyat Palestin,” menurut WAFA.

Guterres menekankan “ia adalah lebih daripada masa bagi gencatan senjata kemanusiaan segera” dan merayu kepada Israel untuk “akses menyeluruh dan tidak terhad untuk penyaluran barangan kemanusiaan di seluruh Gaza”.

Lebih 32,100 rakyat Palestin terkorban dan lebih 72,400 cedera dalam perang Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Israel juga telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya, terutamanya penduduk utara Gaza, berada di ambang kebuluran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan