Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni (tengah) bersama Olivier Le Peuch (dua kanan) semasa perjumpaan pada CERAWeek di Texas, baru-baru ini. Foto MEESty

CCUS: Sarawak kukuhkan sokongan teknikal, pembangunan kompetensi dan pusat kecemerlangan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 24 Mac: Tiga perkara perlu diberi penekanan Sarawak dalam membangunkan teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) sejajar dengan inisiatif tenaga bersih.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata ia meliputi sokongan perkhidmatan teknikal untuk CCUS – komponen penting dalam strategi Sarawak untuk melaksanakan pelan hala tuju CCUS.

Perkongsian peluang dengan NeXT (Schlumberger) SLB untuk program peningkatan kemahiran dan pembangunan kompetensi, menangani keperluan mendesak untuk menyediakan tenaga kerja Sarawak bagi peralihan kepada pelepasan sifar bersih.

Penubuhan Pusat Kecemerlangan Tenaga Bersih di Sarawak yang akan menjadi asas bagi Strategi Pembangunan Pasca-COVID 2030 di bawah agenda  pemangki Tenaga Boleh Diperbaharui.

“Dengan kemajuan Sarawak dalam tenaga bersih, adalah penting untuk kita memupuk bakat tempatan untuk menerajui perjalanan kita ke arah masa depan yang mampan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Tiga perkara itu dibincangkannya bersama Naib Presiden Schlumberger (Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon) ketika menghadiri CERAWeek di Houston, Texas pada 20 Mac yang lalu.

Dr Hazland pada masa sama bertukar pandangan Ketua Pegawai Eksekutif SLB, Olivier Le Peuch dan Presiden Asia SLB, Amy Chua bagi mengukuhkan lagi komitmen bersama untuk kestabilan tenaga dan inovasi ketika menghadiri majlis persendirian yang dianjurkan oleh SLB di Agora House. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan