Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai semasa menyampaikan sumbangan pada Majlis Sumbangan Derma Masjid Dan Surau Dan Majlis Perasmian Pengagihan Bubur MASJA-SA 2024 di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Tujuh masjid dan surau terima sumbangan pengurusan daripada LAKMNS

KUCHING, 22 Mac: Sebanyak tujuh masjid dan surau telah menerima sumbangan barangan kelengkapan dan pengurusan masjid daripada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) hari ini.

Antara masjid dan surau yang terlibat Surau Ikhwanul Muslimin IPD Simunjan, Surau Sementara Hospital Umum Sarawak, Masjid Al-Muttaqin Kota Samarahan, Masjid Datuk Ibadah Kampung Gayu Teng Bukap Jalan Padawan dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS, Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai berkata, inisiatif berkenaan merupakan tanggungjawab sosial pihaknya bagi menyantuni permohonan masjid dan surau yang memerlukan kelengkapan tersebut.

Menurutnya sumbangan berkenaan berupa barangan keperluan pengurusan masjid dan surau seperti sejadah, sistem siaraya, dan keperluan pengurusan jenazah kepada beberapa masjid dan surau bukanlah satu benda baharu.

Meskipun bukan suatu inisiatif baharu Abang Abdul Wahab akui pihaknya ingin memberi lebih banyak derma dan sumbangan kepada pemohon namun tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai sumber dan kemampuan yang terbatas.

“Sumbangan kepada masjid dan surau ini bukanlah satu program yang baharu bahkan ianya telah merupakan usaha kita sekian lama dah sebagai satu tanggungjawab sosial kita untuk melaksanakan bantuan ini dan derma dan sumbangan kita ini.

“Kalau boleh kita nak menyantuni banyak lagi daripada beberapa permintaan-permintaan tersebut tetapi memandangkan kita ada had dan ikut kemampuan kita saja dan beri bantuan setakat kemampuan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Sumbangan Derma Masjid Dan Surau Dan Majlis Perasmian Pengagihan Bubur MASJA-SA 2024 di Masjid Jamek Negeri Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berharap sumbangan tong sampah 3R kepada masjid dan surau yang terpilih akan dapat membantu menjaga kebersihan persekitaran tempat ibadah mereka selain turut mampu menjadi sumber pendapatan sampingan bagi masjid dan surau berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan