Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia catat perbelanjaan terendah bagi pendidikan pra-persekolahan iaitu 0.15 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2017 berbanding negara lain yang berpendapatan sederhana atas dan tinggi. Foto hiasan Envato

Malaysia perlu pelaburan dalam sektor pendidikan prasekolah

ByAdlina Rahman

KUCHING, 22 Mac: Malaysia memerlukan pelaburan awam yang lebih besar dalam sektor pendidikan prasekolah terutama sekali bagi golongan yang terpinggir seperti pelajar yang terdiri dalam golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Bumiputera di Sabah dan Sarawak, komuniti Orang Asli serta kumpulan B40.

Menurut Pengarah Inovasi dan Pembangunan Kurikulum di Pusat Pembelajaran Masa Depan, Universiti Taylor, Profesor Madya Dr Lydia Foong Yoke Yean, golongan tersebut merupakan antara komponen penting dalam pembangunan ekonomi dengan faedah jangka panjang selain menekankan kepentingan pendidikan itu dalam perkembangan otak kepada kanak-kanak pada lima tahun pertama mereka.

Tambahnya, Malaysia catat perbelanjaan terendah bagi pendidikan prapersekolahan iaitu 0.15 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2017 berbanding negara lain yang berpendapatan sederhana atas dan tinggi.

“Bagi mengatasi isu tersebut, kerajaan pusat serta kerajaan negeri perlu memainkan peranan yang aktif dalam menyediakan alternatif yang berpatutan dan berkesan, sumber serta kemudahan yang mencukupi, dan tenaga pengajar yang berkelayakan di setiap daerah untuk memenuhi keperluan kanak-kanak prasekolah.

“Ini boleh dicapai dengan menyediakan pembiayaan yang disasarkan untuk prasekolah di kawasan geografi yang tidak boleh diakses atau apabila pelaburan tidak dapat dilakukan,” jelas beliau melalui satu laporannya yang bertajuk ‘Should Preschool Education be made Compulsory in Malaysia?’.

Lydia turut menambah sebuah agensi penyelaras khas juga perlu ditubuhkan dengan bertujuan untuk mengurus pendaftaran, mentadbir urus serta memantau prasekolah di Malaysia.

Dalam pada itu, pendidikan prasekolah yang diwajibkan merupakan antara yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang mana Malaysia berhasrat untuk mencapainya menjelang tahun 2020.

Namun, kata Lydia yang memetik laporan Kajian Komprehensif Pendidikan Prasekolah di Malaysia oleh Bank Dunia tahun sebelum, sasaran tersebut masih belum tercapai berikutan cabaran seperti kurangnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak berumur 4 dan 5 ke atas, kekangan akses untuk pendidikan prasekolah di kawasan tertentu dan kemampuan sesetengah golongan tertentu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan