Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Parlimen Batang Sadong Rangka Pelan Rakyat

ByConnie Grace

SIMUNJAN: Satu Pelan Pemulihan sedang dirangka bagi memastikan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong, Simunjan dan Sadong Jaya dapat meneruskan kehidupan disamping mencari sumber pendapatan bagi menampung keluarg masing-masing.

Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini bagi membolehkan bantuan rakyat dapat diselaras dan disalurkan segera sama ada melalui pusat khidmat beliau mahupun melalui agensi kerajaan.

“Jaringan sosial yang ada di kawasan Parlimen Batang Sadong dan luar bandar khasnya, perkara ini dapat ditangani namun berbeza dengan pelaksanaan dan pemulihannya,” katanya kepada media, pada Jumaat.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyampaian bantuan bakul makanan bernilai RM20,000 daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) khas untuk golongan asnaf dan fakir miskin.

Menjelaskan lebih lanjut katanya, peruntuk RM300,000 untuk Program Bantuan Bakul Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) daripada kerajaan persekutuan, ia akan bermula pada Jumaat (9 Julai 2021) secara berterusan.

Seramai 4,800 ketua isi rumah terdiri daripada golongan fakir miskin asnaf dan penerima E-Kasih dari DUN Gedong (1,600), DUN Simunjan (1,600) dan DUN Sadong Jaya (1,600) yang akan menerima bantuan ini secara berperingkat.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan