Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Energy Kukuhkan Komitmen Kepada Protokol Penilaian Kelestarian Kuasa Hidro

ByFreddy Bohari

KUCHING: Sarawak Energy Bhd (SEB) mengukuhkan lagi komitmen kepada pengurusan dan pembangunan kuasa hidro yang lestari dengan mengembangkan kumpulan penilai dalaman Protokol Penilaian Kelestarian Kuasa Hidro (HSAP)/Urus Tadbir, Sosial dan Alam Sekitar Kuasa Hidro (HESG) yang dilatih pada peringkat antarabangsa.

Penilai HSAP dan HESG dalaman seramai 29 orang yang baharu dilantik itu diakreditasikan oleh Persatuan Kuasa Hidro Antarabangsa (IHA), yang terdiri daripada 11 Penilai Akreditasi Sementara (PAA) IHA dan 18 Pengguna Bertauliah IHA. IHA membentuk sebahagian daripada Pasukan Penilaian HSAP dan HESG Sarawak Energy.

Loji Kuasa Hidroelektrik Batang Ai

Pasukan penilai seluruh Sarawak bertanggungjawab untuk menilai dan menambah-baik prestasi kelestarian loji dan projek kuasa hidro SEB.

Sebelas PAA juga akan terlibat dalam penilaian kelestarian bagi projek antarabangsa yang dijalankan oleh pemaju lain di bawah penyeliaan seorang Ketua Penilai IHA.

Setakat ini, dua PAA telah terlibat dalam penilaian HSAP/HESG rasmi bagi sebuah loji kuasa hidro yang beroperasi di Indonesia.

Para penilai baharu itu menerima sijil masing-masing di majlis penyampaian sijil yang berlangsung secara maya baru-baru ini.

“KIta sudah pergi jauh dalam perjalanan kita daripada tahun-tahun awal sebagai penyedia utiliti awal pada 1921 hingga kepada pentauliahan Loji Hidroelektrik Batang Ai pada 1985, dan sekarang sebagai pemaju tenaga diperbaharui terbesar di Malaysia bersama pasukan penilai HSAP dan HESG kita sendiri,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Group, Datu Haji Sharbini Suhaili di acara tersebut.

“Ini direalisasi menerusi pendekatan yang berstruktur dan berprogram untuk memenuhi keperluan Sarawak dan serantau bagi masa depan tenaga yang lestari.”

Pada 2014, SEB menubuhkan Pasukan Penilaian HSAP dalaman untuk meningkatkan lagi usaha syarikat yang mahu memasukkan amalan kelestarian ke dalam proses operasi dan pembangunan kuasa hidronya. Sejak itu, jumlah anggota pasukan itu sudah bertambah daripada 18 hingga 33 orang penilai.

Sarawak Energy Group Chief Executive Officer
Datu Haji Sharbini Suhaili

Ia merupakan penyedia dan pemaju tenaga diperbaharui terbesar di Malaysia dengan tiga loji kuasa hidro besar dan Projek Hidroelektrik Baleh yang kini sedang dalam pembinaan.

Sharbini mengucapkan tahniah kepada kesemua 29 penilai HSAP/HESG di atas pelantikan rasmi mereka dan menyuarakan keyakinan bahawa pasukannya akan meningkatkan lagi prestasi kelestarian kuasa hidro SEB.

“Penilai dalaman kita dapat membantu kita secara proaktif untuk mengurus risiko kita dan memastikan kita terus mematuhi amalan antarabangsa yang terbaik, keperluan pembiayaan dan memenuhi jangkaan pemegang taruh dan generasi yang berubah untuk mengukuhkan diri sebagai pakar kuasa hidro diperbaharui dengan cita-cita serantau,” tambahnya.

Peralihan Sarawak kepada adunan penjanaan yang didominasi tenaga diperbaharui telah membolehkan rakyat Sarawak untuk menikmati tarif purata tenaga tanpa subsidi yang terendah di Malaysia dan antara yang paling kompetitif di rantau Asia Tenggara.

Pada waktu yang sama, ia telah menyah karbon dari sistem tenaga Sarawak sebanyak 68 peratus sejak 2010 sejajar dengan ikrar SEB kepada “Cita-Cita Perniagaan bagi 1.5°Celsius” Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan sumbangan kepada komitmen Malaysia kepada Sumbangan Yang Ditentukan Negara atau ‘Nationally Determined Contributions’ (NDC) dan Perjanjian Paris.

Menurut Ketua Kelestarian, Mohamad Irwan Aman, SEB merupakan antara syarikat pertama yang mengguna-pakai garis panduan dalam HSAP IHA untuk memastikan projek kuasa hidronya dibangunkan dan dikendalikan selari dengan piawaian antarabangsa dan amalan terbaik.

“Matlamat kita adalah untuk menanam amalan kelestarian terbaik di dalam pembangunan dan operasi kuasa hidro selari dengan visi Sarawak Energy untuk menjadi pakar kuasa hidro dan kuasa serantau,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam.

Kedua-dua latihan (PAA dan Pengguna Bertauliah) dikendalikan di bawah Akademi Laytihan Kelestarian Kuasa Hidro IHA – satu rangkaian kuasa hidro global yang luas serta aktif dan diwujudkan di bawah naungan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1995 sebagai suara kuasa hidro lestari

“Sarawak Energy sudah menjadi anggota dan rakan kelestarian IHA sejak 2010. Kami komted untuk memasuki Urus Tadbir, Sosial dan Alam Sekitar ke dalam keputusan dan strategi prestasi kami, dengan menggariskan peluang pertumbuhan dan risiko berkaitan untuk menghasilkan nilai jangka panjang yang lestari,” kata Irwan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan