Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pemberita selepas Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 hari ini. Foto TVS

Syarikat entiti Sarawak sudah bertapak di Kalimantan – Abang Johari

ByDouglas Elliot

KUCHING, 20 Mac: Sarawak dan negara jiran Indonesia sudah lama menjalinkan kerjasama melalui kewujudan syarikat entiti milik negeri yang sudah bertapak di Kalimantan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerjasama antara kedua wilayah itu juga telah lama terjalin terutamanya dalam sektor tenaga yang menjadikan Sarawak sebagai pemain aktif dalam pembangunan Nusantara.

“Kita memang sudah ada kerjasama dan membantu dalam pembangunan di Nusantara serta Kalimantan Barat dan Kalimantan Timur.

“Sarawak melalui Sarawak Energy Berhad (SEB) mempunyai 25 peratus kepentingan saham dalam projek janakuasa hidro di Melinau, Kalimantan Timur. Projek ini akan menjana kuasa ke seluruh Kalimantan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2024 di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Abang Johari mengulas mengenai lawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin yang menggesa syarikat-syarikat Malaysia untuk mengambil peluang daripada prospek pelaburan di wilayah Kalimantan Timur, terutamanya di Samarinda dan Balikpapan.

Tambah Abang Johari, terdapat cadangan daripada Indonesia untuk mengembangkan pembangunan janakuasa hidro tersebut dan SEB serta rakan kongsinya akan turut terlibat dalam pembangunan di wilayah tersebut.

https://youtu.be/cMks0_wS6tE

Jelas Abang Johari, kerjasama dalam bidang perniagaan juga giat dilaksanakan oleh Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Sarawak (ACCCIS) dengan rakan perniagaan Kamar Dagang Dan Industri Indonesia (KADIN).

“Mereka sudah bermesyuarat untuk meneroka bidang-bidang lain termasuklah bidang eksport dan import,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan