Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menumpaskan cubaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 10.5 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM347,000 di Kota Kuala Muda, Rabu lepas. Gambar hiasan Envato

Edar dadah dalam pek minuman segera, lima ditahan termasuk wanita Thailand

ByBernama

GEORGE TOWN, 19 Mac: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket memproses dan mengedar dadah jenis methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) yang dibungkus dalam peket minuman segera di sebuah apartmen di Jelutong, di sini Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usof Jan Mohamad berkata, dalam serbuan kira-kira 12.05 tengah malam itu, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita warga Thailand berusia 23 hingga 35 tahun.

“Hasil pemeriksaan lanjut di apartmen itu, polis merampas 74 peket plastik warna hitam mengandungi 1.62 kilogram MDMA, 38 peket plastik warna hijau mengandungi MDMA seberat 762 gram (g),15 peket plastik warna ungu (MDMA seberat 600 g), 100 biji pil eramin 5 dan ketamin (12.72g) yang kesemuanya bernilai RM326,686,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Beliau berkata, sindiket itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian mereka sebelum memproses dan membungkus semula dengan mencampurkan bahan itu dalam pelbagai pek minuman segera terkenal untuk diedarkan di pusat-pusat hiburan sekitar negeri ini.

Mohamed Usuf berkata, dalang sindiket itu merupakan lelaki berusia 28 tahun yang tidak bekerja manakala empat lagi individu ialah rakannya yang dipercayai berperanan mengedarkan pek minuman bercampur dadah di pusat hiburan.

Setiap pek katanya, dijual dengan harga RM300 hingga RM2,000 bergantung pada kuantiti dan jenis bahan.

“Dadah jenis MDMA itu paling popular di pusat-pusat hiburan dan boleh menyebabkan mereka yang mengambil dadah ini tidak tidur selama 48 jam, mereka mencampurkan dalam pek minuman segera bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah dan empat lelaki terbabit mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Semua lima individu itu direman selama tujuh hari hingga 23 Mac ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya, -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan