Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tekong darat kempunan RM800

ByKhairil Zharif Affindie

SRI AMAN, JULAI 8: Seorang lelaki tempatan yang dipercayai tekong darat telah ditahan bersama enam warganegara Indonesia di kawasan Kampung Rapak, Jalan Lachau-Serian, Pantu.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Bingkok John berkata suspek yang berusia 48 tahun itu ditahan sekitar jam 11 pagi ketika memandu kereta dengan membawa empat lelaki berusia 22 hingga 40 tahun ternasuk seorang dan bayi bersuai lima bulan.

Kesemua mereka ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) semasa op benteng di kawasan Kampung Rapak, Jalan Lachau-Serian, Pantu.

“Setelah pemeriksaan dijalankan, didapati seorang lelaki tempatan (pemandu) dan empat lelaki dan seorang perempuan bersama seorang bayi perempuan sebagai penumpang.”
“Semasa pemeriksaan dilakukan, mendapati kesemuanya tidak mempunyai permit pergerakan rentas daerah,”  jelasnya.

Hasil siasatan awal mendapati suspek utama yang berasal dari Sibu itu merupakan seorang penganggur.

Seorang lelaki yang dipercayai kawan kepada suspek dikenali dengan nama ‘Ah Liang’ telah menghubungi suspek pada 6 julai 2021 dan memintanya untuk mengambil empat lelaki Indonesia di Kota Sentosa, Batu 7, Kuching untuk dihantar ke simpang Lachau, Sri Aman.

Malah, ‘Ah Liang’ dikatakan menjanjikan bayaran RM800 untuk mengambil empat lelaki Indonesia tersebut.

Kes diklasifikasikan di bawah seksyen 26a Akta Anti PemerdaganganOorang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 (akta 670) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan