Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata perjumpaannya dengan DID Sarawak antara lain akan membincangkan projek tebatan banjir. Foto TVS

Projek tebatan banjir agenda pertemuan TPM Fadillah dengan DID Sarawak

KUCHING, 17 Mac: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Sarawak berhubung isu berkaitan banjir di Sarawak.

Menurutnya, perbincangan berkenaan adalah untuk mendapatkan input keseluruhan perancangan tebatan banjir yang mahu dilaksanakan serta beberapa isu berkaitan masalah air lain.

“Esok saya akan pergi ke Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak untuk mendengar taklimat keseluruhan perancangan tebatan banjir dan juga apa-apa berkaitan dengan air,” katanya.

Beliau ditemui semasa Program Nexgen Rewang Kampungku Lit di Surau Darul Ibadah Kampung Simpang Tiga, Jalan Mendu di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata beliau juga akan mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kunjungan itu bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan keutamaan projek-projek di bawah kementerian itu yang perlu dilaksanakan di Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan