Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

China Gigih Jayakan Temasya Sukan Olimpik, Paralimpik Musim Sejuk 2022

ByTVS

GENEVA, 8 JULAI (Bernama) — Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Chen Xu berkata China akan berusaha menjayakan Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 sebagai temasya sukan yang menjimatkan, selamat dan menarik.

Menurutnya, tatkala dunia menghadapi pandemik COVID-19, semangat untuk menjayakan Olimpik tetap membara pada segenap lapisan masyarakat sekali gus memupuk perpaduan antara negara dalam mendepani cabaran global.

Chen berkata demikian dalam simposium sempena mesyuarat ke-47 Majlis Hak Asasi Manusia PBB bertajuk “mendorong hak asasi golongan belia melalui cita-cita sukan dan Olimpik”, di sini, pada Rabu.

Jelasnya lagi, China sentiasa memandang berat strategi negara yang menggalakkan senaman yang kini menyaksikan taraf kesihatan rakyat semakin meningkat.

“Belia China akan memberi sumbangan mereka terhadap temasya sukan 2022 dan mereka akan terlibat dalam Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk di Beijing sebagai atlet atau sukarelawan.

“Ia sekali gus mendorong interaksi dan kerjasama antara rakyat terutama golongan belia pelbagai negara supaya memberi sumbangan kepada usaha kemajuan manusia,” kata Chen.

Sementara itu wakil dari Rusia, Venezuela dan Nepal sebulat suara mengalu-alukan China sebagai tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022, dan membantah tindakan sesetengah negara yang mempolitikkan sukan.

Wakil Venezuela menyatakan Beijing satu-satunya bandar yang pernah menganjurkan sukan Olimpik musim panas dan musim sejuk itu telah memberi sumbangan luar biasa terhadap perkembangan Olimpik antarabangsa.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan