Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki pemegang kad OKU didakwa di mahkamah di Kuching setelah ditangkap kerana cuba melarikan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun. Foto hiasan Envato

Lelaki OKU didakwa cuba culik kanak-kanak perempuan

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 17 Mac: Seorang lelaki pemegang kad orang kurang upaya (OKU) didakwa di mahkamah di sini setelah ditangkap kerana cuba melarikan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata suspek yang berumur 30 tahun didakwa pada 15 Mac di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

“Mahkamah telah memerintahkan penahanan suspek di Hospital Sentosa Kuching untuk penilaian psikiatri. Kes akan disebut semula pada 22 April 2024 setelah laporan perubatan diterima,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Suspek merupakan OKU dengan masalah pembelajaran dan pernah menjalani rawatan di Hospital Umum Sarawak sejak 2001 untuk Attention Deficit Hyperactive Disorder.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod (jenayah) lampau,” ujarnya.

Pada 11 Mac lalu, tindakan pantas jiran berjaya menghalang suspek cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan dalam satu kejadian di Jalan Lapangan Terbang.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 6.55 petang ketika kanak-kanak itu bermain di luar rumahnya.

Suspek ditahan di tempat kejadian dan polis menyita kereta digunakan suspek.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang telah bertindak cekap dalam insiden ini dan ingin mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan