Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof pada Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al-Hidayah, Taman Sejoli, Kuching, hari ini. Foto TVS

Peruntukan pembangkang akan dibincang, perjumpaan ditangguh tunggu tarikh baharu

KUCHING, 17 Mac: Peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang akan dibincangkan menerusi perjumpaan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin dan wakil parti pembangkang dalam tempoh terdekat.

Fadillah berkata perjumpaan tersebut yang sepatutnya berlangsung pada Selasa lepas terpaksa ditangguhkan atas permintaan pembangkang selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak dapat hadir atas urusan penting di Kota Bahru.

“Saya hendak mendengar terlebih dahulu apakah pemintaan dan syarat daripada pihak mereka, itu terserah, sebelum saya bawakan ia kepada pihak kerajaan untuk dipertimbangkan.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan amanah untuk mereka (pembangkang) berjumpa dengan kita seterusnya menyatakan apakah kemahuan mereka, itu sahaja,” katanya ditemui semasa Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al-Hidayah, Taman Sejoli di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tarikh perjumpaan berkenaan belum diputuskan.

Fadillah berkata lagi, perjumpaan yang dijangka diadakan minggu hadapan itu adalah bagi mendengar pemintaan serta syarat-syarat dan peruntukan yang dikehendaki setiap Ahli Parlimen pembangkang.

Katanya, sebarang bentuk kerjasama termasuk perjanjian seperti dilaksanakan kerajaan terdahulu akan dipertimbangkan selepas perjumpaan tersebut.

Dalam pada itu, Fadillah menafikan ada mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk kali yang ketiga seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Muar itu.

Beliau berkata, dua pertemuan sebelum ini adalah pertemuan tidak rasmi selain tiada kata sepakat diberikan mengenai peruntukan bagi Ahli Parlimen itu dibincangkan.

“Saya perlu jumpa dengan ketua pembangkang terlebih dahulu dan selagi saya tak berjumpa dengan ketua dan wakil pembangkang bagaimana saya hendak berjumpa dengan belia,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan