Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA TERENGGANU, 30 Jun -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika sidang media selepas penyerahan pek makanan program Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli Musaadah COVID-19 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh hari ini. 
Sumbangan daripada Yadim itu akan diagihkan kepada keluarga terpilih dalam Dun Tepoh yang terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19.
 -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Disiplin tinggi patuh SOP perlu semasa aktiviti imarah masjid dan surau

ByYazid Ibrahim

PUTRAJAYA, 8 Julai (Bernama) — Had jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan Aidiladha yang akan berkuat kuasa esok perlu dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat agar penularan COVID-19 dapat dicegah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

“Ia juga menggambarkan disiplin umat Islam di negara ini dalam mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri sekali gus mengimarahkan semula masjid,” katanya selepas pelepasan konvoi misi bantuan ihsan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu di sini.

Misi berkenaan melibatkan pengagihan  1,000 kotak barang keperluan harian bernilai RM250,000 kepada keluarga yang terjejas di dua pulau berkenaan yang hilang mata pencarian ekoran penutupan sektor pelancongan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengeluarkan ketetapan baharu pembukaan masjid dan surau semasa Fasa Pertama Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Ngera (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bagi tiga Wilayah Persekutuan (WP) iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Antara ketetapan yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu adalah membenarkan 300 jemaah menunaikan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha manakala 100 jemaah dibenarkan bagi solat fardu bagi masjid di tiga WP di kawasan PKP.

Bagi masjid dan surau di kawasan PKPD pula, hanya tiga jemaah dibenarkan menunaikan solat Jumaat yang digantikan dengan solat Zohor.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mapim Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai bantuan yang diperlukan 700 keluarga di kedua-dua pulau berkenaan yang hilang mata pencarian ekoran penutupan sektor pelancongan sejak PKP tahun lepas.

Katanya, misi disertai 12 tenaga kerja yang ditugaskan untuk mengagihkan 1,000 kotak barang keperluan harian bernilai RM250,000 kepada semua keluarga yang terjejas.

— BERNAMA

Tags: #bm, masjid, patuh, sop

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan