Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak Sumbang RM1 Juta Untuk Tabung Keamanan Palestin

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sebanyak RM1 juta sumbangan Sarawak kepada Tabung Keamanan Palestin yang telah diamanahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, ini adalah usaha dan kerjasama Majlis Islam Sarawak , umat Islam dan badan-badan korporat di negeri ini.

“Semua terpanggil untuk sama-sama membantu saudara-saudara kita di Palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air mereka. Dan Jakim telah diamanahkan untuk menyalurkan sumbangan ini kepada rakyat palestin.” katanya ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Keamanan Palestin daripada Umat Islam Sarawak yang diadakan secara sidang video bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama ) Senator Dr Zulkifli Mohammad Al Bakri disini, pada Khamis.

Dalam pada itu kata Dr Zulkifli, usaha murni umat Islam di Sarawak telah menunjukan tanda solidariti serta keperihatinan yang tinggi dalam bersama membantu rakyat palestin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air mereka ketika ini.

Ramadhan lalu ratusan nyawa penduduk di Palestin terkorban dengan kerosakan harta benda dan hilang tempat tinggal selepas dikejutkan dengan pencerobohan dan serangan daripada zionis Israel.

Sumber dana sumbangan berjumlah RM1 juta adalah daripada Majlis Islam Sarawak (RM15,679.90) , Kutipan Sadaq Jumaat Masjid & Surau seluruh Sarawak (RM41,667.10 ) dan Tabung Ihsan Palestin Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) – RM942,653.00 .

Tags: #bm, palestine

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan