Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN) memusnahkan tujuh tan ganja di ladang seluas empat hektar di kawasan Aceh Besar, Aceh, Indonesia. Foto BNN

Ganja ditanam di atas ladang empat hektar di Aceh dimusnahkan

ByTVS

JAKARTA, 14 Mac: Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia berjaya merampas dan memusnahkan ganja yang ditanam di ladang seluas empat hektar di Aceh, Indonesia.

Pengarah Pembasmian Narkotik BNN RI, Ruddi Setiawan berkata penemuan ladang ganja baru-baru ini bermula dengan siasatan suspek yang ditahan membawa 12 guni ganja seberat 200 kilogram dari Aceh ke Lampung.

Menggunakan dron, pihak berkuasa menemui dua ladang ganja yang terletak di kawasan Indrapuri dan Seulimeum, Aceh Besar pada ketinggian 600 meter dari aras laut.

“Ini adalah satu kejayaan berdasarkan hasil pemantauan kami diikuti proses siasatan rapi oleh pasukan di lapangan, sehingga kami berjaya menemui dan memusnahkan barangan haram itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata terdapat 20,000 pokok ganja sedia untuk dituai dengan ketinggian antara satu hingga dua meter atau dengan berat keseluruhan tujuh tan dan kesemuanya akan dimusnahkan.

Katanya, penemuan ini melibatkan 170 anggota gabungan yang terdiri daripada pelbagai agensi sebagai komitmen pihak berkuasa untuk memerangi dadah ini.

“Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mencari suspek lain dan mereka akan berdepan hukuman mati,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan